Ahad, 9 Mei 2010

Emmm..... sedapnya nasi beriani kambing


  • Kemudahan tempat makan yang di sediakan

  • Sekitar pemandangan di Puncak Mutiara

  • Nasi beriani kambing bakar

                                             

  • Aina pun tak sabar nak makan



  • Emmm... sedapnya Mustaqim makan
       Isteriku sedang mengandung anak ke-3. Jadi teringin pulak nak makan daging kambing. Kat sini ade di sediakan pelbagai hidangan masakan kambing. Disamping nasi berianinya yang lazat. Tempat makan pun kira ok la jugak. Sesuai utk family. Lanskap yang menarik. Satu meja makan, satu pondok. Hebatkan....
       Harga pun menarik jugak la... Biasaa la, nak makan sedap dan private. Untuk pergi ke sana tak la susah sangat. Boleh cari di google map. Taip je Kg Pelet , Kubang Semang, anda akan tahu lokasi nya. Apa pun Selamat mencuba... Emmm... sedap

Selasa, 13 April 2010

Cabaran Arus Deras Di Sedim



 Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk melawati blogspot saya dan membaca artikel ini.

    Tujuan blogspot ini diwujudkan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai tempat-tempat menarik di Malaysia bersama para pembaca. Untuk pengetahuan anda Sedim adalah satu tempat yang terletak di Daerah Kulim, Kedah. Kawasan ini berada kaki Banjaran Titiwangsa. Antara daya tarikan yang menarik di sini adalah "White water rafting". Arusnya yang deras serta deretan "Rapid" nya membuatkan ia tersenarai di antara kawasan jeram yang paling mencabar di Asia. Jadi , kepada peminat-peminat aktiviti lasak di luar sana, masukkan lah 'Rafting' di Sedim sebagai salah satu agenda anda. Selamat mencuba.


Ahad, 11 April 2010

selamat datang ke halaman pertama saya

terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Template by:
Free Blog Templates